Monday 31 October 2016

Bila Majikan Menindas Anda...


PENGENALAN


Apabila majikan menekan anda apa kebiasaanya yang anda akan buat? Kebanyakan pekerja sekadar berdiam diri. Apabila tekanan sudah memuncak pekerja terus serahkan surat perletakan jawatan.


Takkan tak de apa-apa cara. Adakah apabila majikan membayar gaji anda maka majikan boleh menekan anda sesuka hati? Yang paling best sekali dah lah gaji pun tak bayar. Tekanan tetap diberikan. Akhirnya anda sendiri yang tertekan.


Dalam undang-undang ada kaedah yang dipanggil Constructive Dismissal (CD). Tetapi ramai yang tidak tahu apa itu CD? Macam mana hendak buat kaedah CD ini? Jika ada yang tahu pun ramai yang tidak mahu berkongsi berkenaan CD ini dengan anda.


So ini peluang untuk anda. Saya akan bongkarkan apa itu kaedah CD supaya anda faham. Supaya nanti anda sudah tahu apa tindakan yang perlu diambil. Kesian sangat pada orang yang tahu CD tetapi gunakan cara yang salah. Tidak ikut kaedah yang sebenar. Azab kena tekan dengan majikan dah satu azab ditambah pula bila buat CD tidak ikut kaedah yang sebenar. Ibarat sudah jatuh bergolek kemudian dihempap dengan tangga pulak.




APA ITU CD? 



CD ini adalah merupakan satu kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang yang memberikan hak kepada pekerja untuk menamatkan kontrak perkhidmatan dengan majikan. So ini bukan kaedah yang saya reka sendiri. Tetapi yang diberikan oleh undang-undang. Faham ke faham?. CD membolehkan anda untuk berhenti daripada pihak Syarikat kerana disebabkan majikan sudah menunjukkan sikap tidak mahu mematuhi kontrak perkhidmatan. 



Anda boleh menamatkan kontrak perkhidmatan jika majikan anda bersalah sehingga sampai kepada dasar kontrak antara pekerja dan majikan. 


Apa maksud majikan bersalah? Nanti saya akan cerita kesalahan-kesalahan majikan yang boleh jadi sebab untuk anda buat CD. Atau dalam keadaan majikan sudah menunjukkan sikap tidak mahu mematuhi lagi kontrak perkhidmatan. Ini adalah berdasarkan kepada kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes  Wong Chee Hong v. Cathay Organisation Malaysia Sdn Bhd [1987] 1 MELR 32; [1987] 1 MLRA 346; [1988] 1 MLJ 92; [1988] 1 CLJ 298



Jadi jika anda hendak berjaya di dalam tuntutan CD maka anda perlu tunjukkan majikan adalah bersalah kerana telah pecah mungkir kontrak sehingga sampai kepada dasar kontrak. Tak faham tak pe. Jangan risau. Baca sahaja dulu. Atau pekerja perlu tunjukkan majikan sudah tidak ada lagi niat untuk ambil anda bekerja. Ini adalah sebagai mana yang diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes Bayer (M) Sdn Bhd v. Anwar Bin Abd Rahim [1995] 4 MLRH 53; [1996] 2 CLJ 49  



Perlu diingat bahawa dalam setiap kontrak perkhidmatan antara anda dengan majikan adanya satu terma yang tersirat bahawa majikan anda tidak boleh tanpa sebab yang munasabah membuat tindakan yang memusnahkan hubungan kepercayaan antara majikan dengan anda (trust and confidence). Majikan anda sama sekali tidak boleh musnahkan hubungan kepercayaan yang ada sebagaimana dalam kes Quah Swee Khoon v. Sime Darby Bhd [2000] 1 MLRA 856 at p 865; [2000] 2 MLJ 600; [2000] 1 CLJ 9; [2000] 2 AMR 2265 


Ada juga keadaan di mana anda sebagai pekerja boleh menganggap diri anda sudah kena CD bila ada banyak siri-siri kejadian penindasan yang telah berlaku. Penindasan berlaku secara berterusan sehingga memecah mungkir terma tersirat kepercayaan dan keyakinan. Ini adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Alan Thomas Bohlsen v. Draftworldwide Sdn Bhd [2009] 9 MLRH 446; [2009] 8 MLJ 461


Ada satu prinsip yang menarik telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Moo Ng v. Kiwi Products Sdn Bhd Johor & Anor [1998] 3 MELR 116; [1998] 3 CLJ 475 di mana CD adalah merupakan satu prinsip undang-undang yang memberikan kehidupan kepada pekerja yang telah dibuang secara tidak munasabah. CD boleh berlaku secara terang atau tersirat bila ada pelanggaran terma-terma kontrak.


Baca kupasan lanjut:- 

1. Pengenalan + Apa itu CD? klik di sini
2. Apa keadaan untuk tuntut CD? klik di sini
3. Apa keadaan CD ditolak? klik di sini
4. Apa syarat-syarat untuk buat CD? klik di sini
5. Siapa kena buktikan tuntutan CD? klik di sini
6. Macam mana nak buat surat tuntut CD?
7. Bolehkah surat CD tidak diserah kepada majikan?
8. Selepas majikan terima surat CD nak buat apa?
9. Kesimpulan

2 comments: