Sunday 15 October 2017

SIAPA KENA BUKTIKAN TUNTUTAN CD?

Apa maksud siapa yang kena buktikan kes CD? Maksudnya ialah siapa yang kena memulakan kes di Mahkamah Perusahaan. Siapa yang kena mula-mula tunjukkan ada pecah mungkir terma yang nyata atau tersirat di dalam kontrak perkhidmatan.
Jawapannya ialah....



Dalam kes CD pekerja yang memikul beban pembuktian bahawa majikan telah memungkiri kontrak perkhidmatan. Ini boleh dilihat dalam kes Leong Peng Yoong & Ors v. Venugan Muniandy [2006] 3 MELR 515; [2007] 1 ILR 30, di mana Mahkamah Perusahaan telah memutuskan bahawa;
"Satu undan-undang yang telah mantap dalam tuntutan pekerja untuk CD, beban pembuktian adalah kepada pekerja di bawah imbangan kebarangkalian.”

Jadi apabila anda rasa anda hendak buat tuntutan CD maka anda perlu pastikan yang anda sudah ada semua bukti-bukti untuk menyokong tuntutan anda yang majikan anda telah memecah mungkir terma yang nyata atau tersirat dalam kontrak perkhidmatan anda. 

Jika anda tidak ada bukti untuk sokong tuntutan anda maka jangan harap untuk kes CD anda ini akan lekat. Sebaliknya anda mungkin akan mensia-siakan masa dan tenaga anda. Sebab jika anda tidak dapat buktikan tututan CD maka beban pembuktian tidak berpindah kepada majikan anda.


Jika anda ingin baca kupasan lanjut:- 

1. Pengenalan + Apa itu Constructive Dismissalklik di sini
2. Apa keadaan untuk tuntut Constructive Dismissalklik di sini
3. Apa keadaan Constructive Dismissal ditolak? klik di sini
4. Apa syarat-syarat untuk buat Constructive Dismissalklik di sini
5. Siapa kena buktikan tuntutan Constructive Dismissalklik di sini
6. Macam mana nak buat surat tuntut Constructive Dismissal?
7. Bolehkah surat Constructive Dismissal tidak diserah kepada majikan?
8. Selepas majikan terima surat Constructive Dismissal nak buat apa?
9. Kesimpulan

No comments:

Post a Comment